Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

ECERDC, UniSZA Jalin Kerjasama Laksana Program Latihan Akademik


Sembilan Orang Guru Besar Dan Pengetua Sekolah Yang Terpilih Dalam Program Empower Ecer Bersama UniSZA Bergambar  Bersama Dato' Othman Daud,Profesor Dato' Dr.Ahmad Zubaidi A.Latif(Naib Canselor UniSZA) dan Razlee Hassan(Pengurus Pejabat Wilayah Negeri Terengganu ECERDC)


Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal memberi nafas baru kepada sembilan sekolah di daerah Hulu Terengganu dalam konsep pendidikan.

Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tapu, SMK Kuala Jenderis, SMK Bukit Diman, Sekolah Kebangsaan (SK) Getang, SK Padang Setengge, SK Tengkawang, SK Sungai Buluh, SK Ajil dan SK Bukit Diman.

Naib Canselor UniSZA, Profesor Dato'   Dr Ahmad Zubaidi A.Latif berkata ECERDC dengan kerjasama UniSZA telah dan sedang melaksanakan Program Latihan Akademik untuk 300 orang pelajar baru dari sembilan sekolah berkenaan.

"Objektif program ini adalah untuk membina jati diri pelajar dan menyemarakkan motivasi mereka sebelum menduduki peperiksaan awam.

"Ini merupakan satu pengiktirafan kepada UniSZA kerana masih diberi peluang sebagai salah satu penyedia perkhidmatan kepada Program empower ECER di Terengganu sejak 2016," kata Ahmad Zubaidi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Karnival Majlis Penutup "Move The H.E.A.R.T" empower ECER Latihan Akademik Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Hulu Terengganu, hari ini.

Perasmian penutup disempurnakan  Penasihat Dewan Perniagaan Melayu Selangor merangkap mantan Adun Ajil, Dato' Othman Daud mewakili Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Jailani Johari.

Turut hadir Pengurus Pejabat Negeri Terengganu ECERDC, Razlee Hassan.

Seramai 650 orang hadir dalam majlis tersebut yang terdiri daripada pelajar empower ECER, ibu bapa, guru besar dan pengetua dan rakan strategik dari agensi-agensi kerajaan.

Kata Ahmad Zubaidi,  rentetan kejayaan 2016, satu mesyuarat perlaksanaan bersama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu(JPNT), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan ECER bagi merangka dan berbincang tentang perlaksanaan program yang akan dibuat.

"Kita juga rancang penglibatan 30 jam daripada fakulti-fakulti di UniSZA yang dinamakan Program 'Oh My Learning" dengan kaedah 'Fun Learning' bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diambil.

"Dan juga kita meneruskan tiga konsep UniSZA yang telah dilaksanakan sejak 2016 kerana keberkesanannya apabila mendapat peningkatan positif dalam peperiksaan awam."katanya.

Menurut beliau, tiga konsep yang telah dilaksanakan itu bermula dengan program ubah minda iaitu 'Move The
H.E.A.R.T),kelas tambahan dan memberi peluang kepada pelajar dan para merasai suasana pembelajaran di UniSZA.

"Ini juga kita buat di tiga daerah lain iaitu Kemaman, Dungun dan Marang. Perlaksanaannya juga menunjukkan peningkatan yang baik terutama di luar bandar.

"Contohnya dalam Pentaksiran Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3) pada 2016, kita punyai seorang pelajar yang mendapat 6A dan seramai 30 pelajar dari keempat- empat daerah yang perolehi 3A dan ke atas.

"Ini satu keputusan yang membanggakan kerana mereka merupakan pelajar pertama yang menduduki peperiksaan menggunakan Kaedah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), "katanya.

Untuk rekod,seramai 1,259 pelajar yang terdiri daripada 480 pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR),360 pelajar(PT3) ,360 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan 59 pelajar orang asli telah terpilih untuk menyertai program empower ECER Latihan Akademik di bawah kendalian UniSZA di Terengganu pada tahun 2017.

Adik Nur Ashikin Wan Alias (Berdiri Yang Ketiga Dari Kiri) Selepas Menerima Anugerah Pelajar Cemerlang



Sementara itu,  pelajar cemerlang PT3, Nur Ashikin Wan Alias yang berjaya mendapat keputusan 10A baru-baru ini berkata beliau lebih berani bertanya apa yang tidak difahami kepada guru ketika dalam kelas setiap kali belajar.

"Kalau dulu tiada keberanian tapi lepas ikuti pembelajaran dibawah ECER dengan UniSZA, saya lebih bersemangat. Cikgu yang ada pula mengajar dengan cara yang lebih berkesan..mudah nak faham,

"Sebelum saya ikut kelas tambahan ni,keputusan saya memang teruk..cuma mampu 6B 1C 1E tapi dengan galakan yang diberikan dan pelbagai motivasi yang dilaksanakan....inilah yang dapat sekarang,satu keputusan luar jangkaan saya dan keluarga."kata Nur Ashikin.

Kini beliau berjaya meneruskan persekolahannya ke Sekolah Sains Kuala Terengganu (Berasrama Penuh) daripada SMK Bukit Diman.

"Saya ucapkan terima kasih kepada ECER dan UniSZA kerana mengubah kehidupan dan masa depan saya..tanpa mereka tak mungkin saya kecapi semua ini..harap lebih ramai pelajar sekolah yang kurang berkemampuan akan sertai program ini kerana disini lah masa depan akan berubah..dari kegagalan kepada kejayaan,"katanya lagi.

No comments: