Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Dua Pelumba TSG Cipta Kejayaan Di Laman Sendiri

Amirull mencipta sejarah apabila muncul sebagai raja bukit pertama dari Malaysia sejak LTdL dianjurkan bermula 1996. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki dan Mohd Zamri Saleh berjaya mencuri tumpuan di laman sendiri apabila mencipta kejayaan dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) untuk peringkat pertama yang bermula di Kuala Berang ke Kuala Terengganu, hari ini.

Dalam perlumbaan tersebut, Amirull merangkul jersi polka dot dengan mengumpul lapan mata meninggalkan Felipe Marcelo dari 7 Eleven Roadbike Philippine ( tiga mata) dan Fernando Orjuela (dua mata).

Manakala Zamri pula dinobatkan sebagai Pelumba Malaysia Terbaik dengan catatan masa dua jam 55 minit dan 22 saat dalam perlumbaan sejauh 124.8 kilometer itu.

Amirull berkata, memenangi gelaran raja bukit adalah bonus buatnya kerana beliau dan pasukan tidak meletakkan sasaran untuk menyarung jersi tersebut.

"Untuk LTdL 2017, kami mensasarkan sekurang-kurangnya satu podium dan akan cuba sedaya upaya dapatkan mana-mana podium terutama dalam peringkat pertama ini.

"Namun begitu, bonus untuk saya apabila dapat menyarung jersi bukit peringkat ini kerana pada awalnya saya sasarkan untuk lakukan break away bagi mengambil masa bonus untuk jersi putih," katanya.


Beliau ditemui pemberita selepas tamat perlumbaan peringkat pertama LTdL 2017 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

Turut hadir Tengku Sri Temenggong Raja, Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Bilah Shah; Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin dan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Mohd Zulkifli Abu Bakar.

Tambahnya, dia akan cuba pertahankan gelaran yang diperolehi pada hari ini selain membantu rakan sepasukan memenangi gelaran lain.

"Untuk esok, saya akan cuba yang terbaik kerana LTdL kali ini menghimpunkan ramai pelumba-pelumba berpengalaman dari seluruh dunia.

"Di samping itu, saya dan pasukan akan cuba membantu Dadi Suryadi dalam memenangi gelaran Terbaik Asia kerana beliau mampu untuk melakukan 'climb', " katanya.


Dalam perlumbaan itu, pelumba dari Isowhey Sports Swisswellness, Scott Sunderland muncul sebagai juara peringkat pertama dengan masa dua jam 54 minit dan 35 saat sekaligus disarungkan jersi kuning serta turut memenangi gelaran raja pecut.

Jersi putih pula dimenangi oleh pelumba dari Infinite AIS Cycling Team, Shiki Kureoda.

Perlumbaan peringkat kedua pada 23 Februari akan bermula di Jertih, Besut ke Gerik, Perak dengan kayuhan sejauh 208.1 kilometer.

No comments: