Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Derita Suri Rumah Dapat Perhatian Pemimpin


 
   

Penderitaan seorang suri rumah, Rahmah Abd Rashid,47, yang menghidapi penyakit buah pinggang, mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib, hari ini.

Beliau yang tinggal di Kampung Kua, Ajil, menerima sumbangan daripada Tabung Darul Iman (TDI), berjumlah RM1,800 bagi meringankan bebanan yang ditanggung sejak tiga tahun lalu.

Rahmah berkata, sumbangan tersebut meringankan sedikit bebannya dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri serta Adun Ajil yang sangat prihatin dengan keadaan dirinya.

Menurutnya, selepas didiagnosis menghidap penyakit itu dan kedua-dua buah pinggang tidak berfungsi, dia tidak lagi mampu berjalan, selain hanya mampu berbaring dengan bantuan anak-anak dan suami.

Kini Rahmah menjalani rawatan peritoneal dialisis (PD) di rumahnya dan sebulan sekali dia akan dibawa oleh anaknya ke Hospital Hulu Terengganu bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Ditanya rutin hariannya melakukan rawatan PD, setiap hari dia akan dibantu oleh anak dan adiknya, Hadijah Abd Rashid,44.

"Dalam sehari proses membuang air kotor dan memasukkan ubat ke dalam badan dilakukan sebanyak empat kali. Semasa melakukan rawatan ini perkakas perlu dijaga dengan baik supaya tidak dijangkiti kuman.

"Proses tersebut mengambil masa selama satu jam untuk selesai....selepas membuat rawatan, badan akan rasa letih dan lemah menyebabkan saya akan berbaring sepanjang hari, tidur pun tidak nyenyak dengan keadaan seperti ini," katanya.

Ibu kepada 11 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Kadir Awang,52, itu kini menetap di rumah sewa kerana tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.

Namun beliau bersyukur impian untuk mempunyai rumah sendiri akan tertunai tidak lama lagi apabila Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (Maidam) meluluskan sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar ( PPRT) bernilai RM40,000 kepada mereka sekeluarga.

Katanya lagi, lima anaknya yang masih bersekolah mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM350 sebulan, sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka sekeluarga.

"Suami saya hanya bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan RM150 seminggu tidak mencukupi untuk menanggung kehidupan kami sekeluarga.Hendak belanja pun terpaksa berjimat,

"Walaupun anak-anak yang sudah bekerja ada membantu, seboleh-bolehnyanya saya tidak mahu terlalu bergantung dan menyusahkan mereka kerana masing-masing mempunyai kehidupan dan komitmen sendiri lagipun mereka cuma kerja kampung sahaja,"katanya lagi.

No comments: