Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Dato' Muda Mamat Terajui Ukom


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Binjai yang kini dikenali Pengkalan Berangan selama empat penggal (1982- 1999), Dato' Muda Mamat, 66, dilantik sebagai Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) bermula kelmarin (1 Februari).

Beliau yang juga bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selama dua penggal (1986-1995) menggantikan Ab Rosid Jusoh yang bertukar ke jawatan Yang Dipertua Daerah Besut.

Muda yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Marang selama 21 tahun (1985-2004)juga dilantik sebagai Pengerusi Biro Penaziran UMNO Negeri  sejak 2014 sehingga kini.

Beliau yang memiliki latar belakang pendidikan agama dari Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Klang, Selangor (1971-1973 ) amat berterima kasih kepada pentadbiran negeri yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk menerajui Ukom dan bersedia memikulnya selaras dengan kehendak pucuk pimpinan.

Pemegang Ijazah Ekonomi (Pengurusan Perniagaan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1974-1978) itu juga mahu memastikan Ukom selaku komponen penting di bawah Pejabat Menteri Besar dapat membantu menterjemahkan hasrat pentadbiran negeri menerusi lapan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) supaya mampu difahami serta dihayati oleh rakyat dengan sedalam-dalamnya.

Beliau juga yang pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji & TH Properties (2004 -2009) akan memperkasakan dan menambah nilai setiap inisiatif serta agenda pembangunan kerajaan menerusi medium komunikasi seperti media cetak, elektronik selain media sosial masa kini supaya 'kecil bagi kita, besar bagi rakyat' dapat diterjemahkan.

No comments: