Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Bas 'Hop On Hop Off' Bakal Rancakkan Industri Pelancongan


Bas dua tingkat berkonsep terbuka ‘hop on hop off’ bakal merancakkan industri pelancongan negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri telah bersetuju membeli dua buah bas bernilai lebih RM1 juta itu bagi mempromosikan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 khususnya dan Tahun Melawat Terengganu amnya.

“Apabila siap kelak, bas yang ditempah dengan sebuah syarikat di Terengganu itu akan digunakan untuk membawa pelancong melihat pemandangan sekitar bandar raya ini yang terkenal dengan jolokan bandar raya warisan pesisir air.

“Laluan bas berkenaan juga akan ditambah dari semasa ke semasa daripada laluan sedia ada supaya para pelancong dapat menikmati sepenuhnya pemandangan dan keindahan panorama yang dimiliki negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan “Bas Kite’ di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, semalam.


Sementara itu Ahmad Razif berkata, penjenamaan semula ‘Bas Bandar’ kepada ‘Bas Kite’ bermula 16 Januari lalu itu bertujuan menambahbaik kemudahan sedia ada di dalam bas, selain meningkatkan promosi produk dan tempat pelancongan di negeri ini.

Katanya, melalui perkhidmatan syarikat Cas Ligas sebuah anak syarikat Perbadanan Memajukan Itkisad negeri Terengganu (PMINT), empat buah bas disediakan bagi memenuhi keperluan pengangkutan orang ramai khususnya para pelancong.

"Buat permulaan ini, ‘Bas Kite’ yang mempunyai reka bentuk fizikal bas yang berkonsepkan rumah tradisional Terengganu itu menggunakan dua laluan iaitu dari Terminal Bas MBKT di sini menghala ke Dataran Shahbandar, Hotel Primula Beach Resort, Pantai Batu Buruk, Masjid Terapung, Kompleks Kraf Noor Arfa dan Pusat Sains & Kreativiti Terengganu.

“Satu lagi laluan bermula dari Terminal Bas MBKT menuju Dataran Shahbandar, Bulatan Batu Bersurat, Muzium Negeri, Masjid Kristal, Kampung Losong, Pasar Pulau Warisan, Kampung Cina dan Pasar Besar Kedai Payang,” ujarnya.
Katanya, perkhidmatan bas henti-henti itu mengenakan tiket antara RM1 hingga RM3 seorang selain pas harian RM5 seorang bagi satu laluan dan pas harian RM8 seorang untuk semua laluan.




No comments: