Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

64 Usahawan Kraf Terengganu Sertai HKK 2017


Seramai 64 usahawan kraf dari Terengganu menyertai pameran dan jualan produk kraf bersempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2017 yang bermula 22 Februari hingga 6 Mac depan.

Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, penyertaan usahawan terbabit di HKK bertemakan Kraf Menjana Ekonomi berlangsung di Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur itu adalah menerusi kelolaan Sekretariat Beautiful Terengganu dengan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dan Perbadangan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu.

“Antara usahawan terlibat termasuk yang pengusaha songket, batik, kain tenun, tembaga, barangan kulit, logam dan perak serta pelbagai lagi.

“Juga terdapat pengusaha makanan di samping pameran dan jualan pakej pelancongan, pameran Terengganu International Endurance Park dan persembahan muzik dan nyanyian tradisional dari SUKTRA Terengganu yang ditempatkan di Pavilion Beautiful Terengganu,” ujarnya.

Katanya, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor  merasmikan HKK di Panggung Sari Kompleks Kraf pada 23 Februari lalu.

“Datin Seri Rosmah telah mengunjungi Pavilion Beautiful Terengganu dan sempat melawat dan melihat produk batik, songket, tembaga dan lain-lain,” ujarnya.


Selain itu katanya, Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria juga melakukan ‘walkabout’ di Pavilion Beautiful Terengganu pada hari yang sama.

“Beliau dan isteri sempat beramah mesra dengan usahawan kraf Terengganu termasuk usahawan nasi dagang yang turut melakukan demo dan jualan sempena HKK kali ini,” ujarnya.

Katanya, HKK bertujuan memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan serta penggiat kraf dalam usaha memartabatkan industri kraf tempatan.

No comments: