Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

50 Pelajar Cemerlang SPM Ditawarkan Ijazah Dalam Bidang Pesawat


Seramai 50 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dipilih oleh Yayasan Terengganu bagi mengikuti ijazah dalam bidang pesawat yang ditaja penuh oleh ADMAL Sdn Bhd.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program yang ditawarkan tersebut merangkumi ijazah dalam bidang jurutera serta juruteknik pesawat dengan anggaran kos keseluruhan RM4 juta.

"Program ini merupakan di bawah Yayasan Terengganu. Bagi pelajar yang berminat, mereka hendaklah menghubungi Yayasan Terengganu.

"Operasinya akan bermula seawal Jun atau Julai tahun ini di Pusat Latihan Penerbangan Tok Jembal," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah, Dungun, hari ini.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pegawai Pembangunan Dungun, Dato' Din Adam.

No comments: