Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

20 Pesakit Kronik DUN Ajil Terima Bantuan TDI




Seramai 20 pesakit kronik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil menerima bantuan daripada Tabung Darul Iman(TDI) sebanyak RM12,700 bagi mengurangkan beban perubatan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib berkata, pihaknya sentiasa mengambil berat masalah mereka yang dikategorikan sebagai pesakit kronik melalui pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan khususnya menerusi TDI.

"Kita akan pastikan pesakit-pesakit kronik ini mendapat apa yang diperlukan seperti rumah sendiri, bantuan perubatan susulan dan keperluan rawatan yang lain.

"Permasalahan mereka ini saya akan bawa kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melalui peruntukan untuk golongan asnaf agar kebajikan mereka semua tidak terabai," katanya kepada pemberita.

Ghazali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri mengunjungi dan menyampaikan sendiri cek bantuan kewangan itu kepada 20 pesakit kronik di DUN Ajil semalam.

Seorang penerima, Wahid Hasan, 68, dari Kampung Kua berkata, sumbangan tersebut membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung sejak terlantar akibat angin ahmar lebih dua tahun lalu.

"Bila Yang Berhormat datang sendiri ke rumah saya dan menyerahkan cek ini, saya rasa terharu sangat...beliau(YB)memang sangat prihatin kepada kami semua.

"Terima kasih sangat sebab datang,rasa lebih semangat dan ceria,bila wakil rakyat sudi datang tengok dan bagi bantuan pulak..rasa lebih sihat hari ini,"kata Wahid.

Beliau kini mengharapkan bantuan anaknya, Rosnani Wahid,46, untuk menguruskan keperluan hariannya kerana tidak lagi berupaya bergerak seperti biasa dan hanya terlantar di katil.




No comments: