Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

15 Saluran Aduan Untuk Tambah Baik Jalan Raya Seluruh Negara

Fadillah dan Tengku Putera menandatangani plak perasmian FT Roadpedia Zon Pantai Timur di Duyong Marina, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Kementerian Kerja Raya (KKR) sentiasa melakukan penambahbaikan dalam aspek pengurusan jalan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat termasuk menyediakan saluran aduan.

Menterinya, Dato' Seri Fadillah Yusof berkata, sehingga hari ini, pihak KKR telah menyediakan 15 saluran aduan untuk kemudahan rakyat membuat aduan dan laporan mengenai kemudahan asas itu.

Katanya, terkini, KKR telah membangunkan aplikasi saluran aduan menggunakan telefon pintar sebagai satu usaha inovasi memudahkan pengguna jalan raya dinamakan Aplikasi Mobile Aduan Jalan KKR.

"Aplikasi ini merupakan alternatif kepada saluran aduan sedia ada. Setiap aduan boleh disalurkan melalui telefon pintar pengguna dengan menyertakan foto lokasi aduan selain diintegrasikan dengan fungsi Geographical Information System (GIS).

"Pelancaran aplikasi ini merupakan pendekatan proaktif KKR dalam memastikan usaha aduan kerosakan infrastruktur jalan raya dapat disalurkan dengan mudah selaras perkembangan teknologi dan peningkatan penggunaan telefon pintar di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Jelajah FT Roadpedia di Duyong Marina, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Rosman Roslan dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang.

Jelajah kali kedua yang bermula semalam, meliputi laluan Jalan Persekutuan FT68 daro Gombak ke Bentong, Jalan Persekutuan 2 (FT02) dari Bentong ke Kuantan dan FT03 dari Kuantan ke Kuala Terengganu.

Dalam ucapannya juga, Fadillah turut berbangga apabila FT03 diiktiraf sebagai satu daripada 10 lebuh raya pantai terbaik di Asia oleh National Geographic Society.

No comments: