Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Toh Seng Cheng, bakal Calon DUN Bandar


Ahmad Razif bersama beberapa tetamu mengaul Yee Sang  pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Bandar, di Kampung Cina, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkifli Putra

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Kuala Terengganu  berkemungkinan akan isi   Setiausaha MCA Bahagian Kuala Terengganu Toh Seng Cheng pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi MCA Terengganu, Dato’ Toh Chin Yaw, berkata  perkara itu sudah dipersetujui pucuk kepimpinan negeri,  Dato’ Seri  Ahmad Razif Abd Rahman selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dalam satu perjumpaan baru-baru ini.


Katanya, walaupun dalam PRU lalu kemenangan di kerusi berkenaan tidak berpihak kepada MCA tetapi soal itu bukan ukuran kerana Barisan Nasional mengamalkan konsep toleransi dan persefahaman antara rakan komponen sejak dahulu, kini dan selamanya.

“Sememamgnya pengundi di DUN ini majoriti terdiri daripada orang Melayu tetapi yakin dengan kemampuan bakal calon berkenaan yang sememangnya sudah dikenali ramai, “katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri  Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Bandar, di Kampung Cina, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir meraikan majlis itu, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.



Terdahulu, Ahmad Razif dalam ucapanya berkata, beliau mengharapkan kerjasama antara pelbagi kaum di Terengganu berterusan, baik dalam aspek memajukan negeri  mahupun berdepan PRU akan datang.

No comments: