Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tiga Projek Perkedaian MBKT Beroperasi Awal Februari

Ahmad Razif memberi penerangan kepada peniaga-peniaga ketika meninjau projek MBKT di sekitar Pusat Bandar Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
Tiga projek perkedaian Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang membabitkan peruntukan RM5.8 juta bakal beroperasi awal bulan depan. 

Projek berkenaan adalah Medan ICT MBKT bersebelahan Hospital Sultanah Nur Zahirah yang mempunyai 19 ruang niaga,  Bazar Kuih Tradisional di Gong Kapas (9 ruang niaga) dan Medan Selera Batu Buruk II pula menempatkan 13 ruang niaga.

Bazar Kuih Tradisional di Gong Kapas 

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd Zulkifli Abu Bakar, berkata projek yang bermula pertengahan tahun lalu kini dalam proses penyerahan surat tawaran dan serahan kunci kepada 43 penyewa.

“Sebaik selesai semuanya termasuk membersihkan kawasan perniagaan, mereka akan dibenarkan berniaga pada awal Februari depan.


“Peniaga akan dibekalkan apron bergambar logo Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 agar nampak lebih ceria dan mesra untuk menyambut pelanggan dan pengujung sempena VBT,”katanya.

Mohd Zulkifli berkata demikian ketika ditemui Teganukita semasa mengikuti Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman meninjau projek MBKT di sekitar Pusat Bandar Kuala Terengganu, hari ini.


Menurutnya,  semua penyewa adalah peniaga jalanan yang sebelum ini berniaga di tepi Pusat Akuatik Batu Buruk, lorong HSNZ dan peniaga asal di tapak jualan gerai kuih tradisional Gong Kapas.

“Inisiatif MBKT melalui kerajaan negeri membina lot perkedaian itu, semata-mata mahu memastikan Pusat Bandar Kuala Terengganu lebih tersusun, bersih dan selesa.


“Sebolehnya pihak kami tidak mahu lagi melihat kewujudan lot kedai tanpa permit dan peniaga jalanan tanpa lesen di bandar ini,”katanya.

Katanya, keadaan itu bukan saja mencemarkan pemandangan malah menyebabkan pengendalian makanan tidak bersih berikutan tiada bekalan air untuk membasuh kelengkapan memasak, makan dan minum.

“MBKT mahu peniaga mengamalkan sikap mesra pelanggan seperti yang disarankan Menteri Besar,  perkhidmatan bertaraf hotel, kadar harga setanding warung.

“Saya tidak mahu lagi mendengar rungutan pelanggan, makanan di kawasan itu mahal, tidak setanding dengan layanan,”katanya. 

No comments: