Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Perkenal Bas Kite

  
Bas Kite Bakal Beroperasi 15 Januari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail 
Terengganu bakal memperkenalkan perkhidmatan `Bas Kite' bermula 15 Januari ini dengan reka bentuk  lebih unik, selesa dan menarik sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.

Kemudahan bas berkonsepkan rumah tradisional Terengganu itu dilengkapi akses wifi, skrin LED TV dan  tingkap yang direka khas untuk keselesaan penumpang bagi menikmati panorama sekitar pusat Bandar Raya Kuala Terengganu .


Manakala dekorasi dalaman bas yang mampu memuatkan 34 penumpang itu pula bercirikan lukisan batik, songket dan ukiran kayu larik pada pemegang tangga bas.

Timbalan Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,  Wan Adnan Wan Derahman berkata, dahulunya bas yang dikelola Syarikat Cas Ligas Sdn. Bhd itu dikenali Bas Bandar, dinaiktaraf dan dijenamakan semula sebagai Bas Kite supaya bersesuaian dengan sambutan VBT 2017.


Katanya, inisiatif menarik minat penumpang dan pelancong untuk menggunakan pengangkutan yang dijangka beroperasi pertengahan bulan ini dan dijadualkan bakal dilancarkan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman tidak lama lagi.

“Kadar bayaran yang bakal dikenakan sangat berpatutan antara RM1 sehingga RM3 atau bergantung kepada lokasi dituju.

“Penumpang mempunyai dua pilihan laluan, sama ada mahu melalui  Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) - Masjid Terapung (Kuala Ibai)  yang berkod C01 atau Terminal MBKT- Taman Tamadun Islam (Pulau Wan Man) dengan menggunakan kod C02,” katanya ketika dihubungi Teganukita.

Laluan C01 bermula dari Terminal Bas MBKT ke Pantai Batu Burok, Kompleks Kraf Noor Arfa Batik, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu dan Masjid Terapung dengan  jarak sejauh 27 kilometer (km).



Manakala laluan CO2 dari Terminal Bas MBKT melalui Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam, Pasar Payang dan Pulau Warisan membabitkan jarak 22 km.

Wan Adnan turut memberitahu, kerja-kerja menaik taraf enam bas pelancongan yang berusia sembilan tahun itu bermula awal tahun lalu, membabitkan kos keseluruhan hampir RM500,000.

“Kos itu termasuk pembaikian enjin, memasang mesin tambang, menampal pelekat  berkonsepkan VBT dan dekorasi dalaman,” katanya.


No comments: