Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tarian Singa Kesun Promosi VBT 2017



Alex dan R.Naidu bersama dua ekor singa yang akan melakukan jelajah bagi mempromosikan VBT 2017. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.


Tarian Singa Kesun bakal membantu mempromosikan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 sempena Tahun Melawat Terengganu.

Pengerusi persatuan tarian itu, Dato’ Dr Alex Ong berkata, pihaknya menyokong penuh hasrat Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam memperkenalkan Terengganu di dalam dan luar negara melalui VBT 2017 tersebut.

“Dalam mempromosikan VBT 2017 ini, Kesun akan menjelajah ke pelbagai negeri dengan membawa sekali bendera serta logo VBT 2017.

“Untuk tahun ini, kami membawa sedikit keunikan di dalam Tarian Singan Kesun dengan memberi pencahayaan menggunakan LED yang telah dinaik taraf,” katanya.

Beliau ditemui pada sidang media Tarian Singa Kesun Sempena Tahun Baru Cina di Pasaraya Mydin, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Wilayah Pantai Timur Mydin, R. Naidu.

Tambah Alex, Kesun turut akan ke serata daerah di dalam Terengganu seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya.

“Tujuan kami melakukan jelajah ini adalah bagi menunjukkan sokongan sekaligus menyahut cabaran oleh Menteri Besar serta menyokong dasar Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam mempromosikan pelancongan dan kebudayaan,” katanya.

No comments: