Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tahun Baru Cina Lebih Bermakna Untuk 20 Penduduk Tionghua Batu Rakit


Sambutan Tahun baru Cina tidak lama lagi semakin bermakna kepada 20 penduduk Tionghua di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit apabila menerima baucer dana Tahun Baharu Cina di Batu Rakit, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, setiap penerima mendapat RM400 dan RM200 setiap seorang.
"Tahniah kepada semua penerima, semoga pemberian dana ini dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mereka untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina nanti," katanya.
Bazlan berkata, kaum Cina di Batu Rakit semakin berkurang berbanding masa lalu kerana kebanyakan anak-anak mereka tidak lagi tinggal di kampung dan mengambil keputusan berhijrah untuk bekerja di luar selepas ibu bapa mereka meninggal dunia.
"Kini ada kira-kira 20 keluarga sahaja yang tinggal di DUN ini, bagaimanapun kami sentiasa menjaga kebajikan mereka. Saya juga berterima kasih kepada kerajaan yang menyediakan pelbagai bantuan untuk penduduk di DUN ini tanpa mengira bangsa dan latar belakang," katanya

No comments: