Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Surirumah Berpantang Di Pusat Permindahan Banjir

Seorang surirumah yang baharu sembilan hari melahirkan anak terpaksa  berpantang di pusat permindahan banjir selepas rumahnya di Kampung Jeram Hilir, Tepoh dinaiki  air sedalam dua meter.

Zaini Ali, 28 dipindahkan ke Pusat Permindahan Banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Guntong bersama bayinya, Wan Alis Zahrah Wan Azlan, kira- kira jam 1.30 petang kelmarin.

"Setiap kali tiba musim tengkujuh,  pasti saya dan ahli keluarga lain tidak lena tidur mengenangkan rumah  bakal dimasuki air.

" Situasi itu dialaminya sejak kecil dan berpindah ke pusat permindahan banjir sudah menjadi amalan hampir setiap tahun, " katanya.

Zaini berkata demikian ketika ditemui Teganukita selepas kunjungan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria, di pusat permindahan itu, malam tadi.

Seramai 312 mangsa banjir membabitkan 58 keluarga dari empat kampung sekitar dipindahkan ke pusat permindahan itu sejak kelmarin.

Mangsa banjir lain, Semek Mat Zain, 80, berkata kali kedua  dan keluarga cucu berpindah ke pusat permindahan banjir, kali pertama pada 2014.

"Pengalaman lalu, membuat cucu bersedia lebih awal dengan mengangkat peralatan elektrik, perkakas dapur, pakaian dan perabot ke tempat tinggi pada minggu lalu.

"Saya dan keluarga cucu berpindah selepas  mendapat arahan dari pihak berkuasa kerana rumah sudah dimasuki air pada paras lutut, "katanya.

No comments: