Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

SKMM Atasi Gangguan Talian Di Kelantan



Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya menyelesaikan liputan komunikasi akibat kesesakan dan gangguan talian di beberapa kawasan di Kelantan yang dilanda banjir.

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari berkata, punca gangguan adalah disebabkan oleh kegagalan beberapa pemancar komunikasi untuk berfungsi berikutan tiada bekalan tenaga elektrik.

"Masalah ini berjaya diselesaikan dalam tempoh lapan jam di kawasan terlibat iaitu Ketereh, Limbat dan Melur yang menjejaskan hampir 2,000 orang penduduk

"Pihak Telco telah berusaha memulihkan gangguan dengan membekalkan genset ke tapak pemancar yang terjejas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pusat Pemindahan Bencana Banjir Kampung Matang, Hulu Terengganu, semalam.



Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu meluangkan masa melawat lapan pusat pemindahan banjir bermula jam 3.00 petang sehingga 2.00 pagi.

Beliau turut menyampaikan sumbangan berbentuk selimut, tikar, tisu dan makanan harian kepada mangsa-mangsa banjir di kesemua pusat terlibat.

Sementara itu Jailani berkata, pihaknya akan mencari pelbagai alternatif yang terbaik bagi mengurangkan kejadian buruk itu.

"Apa yang boleh diperkatakan sepanjang bencana banjir ini kali ini, mungkin berkaitan masalah saliran dan struktur sungai. Kaedah yang terbaik sama ada mendalamkan muara sungai atau mungkin ada pilihan lain.

"Bukanlah hendak memastikan kawasan itu tidak banjir tapi sebagai alternatif untuk mengelak banjir besar, selain mengurangkan jumlah kawasan berisiko,"katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan melihat keperluan pusat pemindahan banjir yang baru bagi menampung jumlah mangsa sekiranya berlaku bencana tersebut.

"Penambahan bangunan pusat pemindahan banjir juga akan dikaji untuk ditambah atau sebaliknya memandangkan ada kawasan yang tidak mampu menampung mangsa banjir,

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada agensi penyelamat seperti Rejimen 512 Askar Wataniah Kem Padang Midin, Bomba,Polis juga Angkatan Pertahanan Awam kerana mereka sentiasa memberi komitmen dengan menghantar bekalan makanan tersebut termasuklah melakukan operasi menyelamat,"katanya.

No comments: