Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sertai Hafazan Sekadar Suka-Suka, Peroleh Kejayaan


 


Johan wanita kategori  1 hingga 30 juzuk, Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Terengganu,  Radhiah Ab Rahman, 22, tidak menyangka percubaan sekadar `suka-suka’ membuahkan kejayaaan yang amat membanggakan.

Katanya, dia tiada niat lain menyertai pertandingan itu melainkan hanya mahu mengasah bakat terpendam, selain ingin mencari pengalaman.

“Dia pernah memenangi pertandingan sama tahun lalu, dan kali ini adalah kejayaan kedua buat diri saya dalam kategori juzu’  1 hingga 30.

“Sebelum ini, pernah menjuarai kategori juzu’ 1 hingga 20 ketika menyertai pertandingan  hafazan di Kelantan, faktor itu mendorong saya untuk mengasah bakat dengan mengikuti kategori lebih tinggi,”katanya yang berasal dari Kampung Tok Kah, Dungun..

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Terengganu, di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.


Hadir merasmikan majlis itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Johan lelaki dan wanita bagi kategori juzu' 1 hingga 30 masing-masing layak membawa pulang wang tunai RM8,000 berserta piala.

Turut hadir isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim.

Manakala Johan lelaki (kategori juzuk 1 hingga 30) Muhammad Irfan Saiful Azizan Ali, 24, dari Kemaman berkata, dia hanya sekadar mencuba nasib  menyertai pertandingan hafazan itu dan kejayaan yang diperolehI adalah takdir  Allah SWT.

Katanya, dia menggunakan masa yang ada dengan bangun pada setiap pagi untuk mengaji dan menghafaz al-Quran, selain  mencatat pembacaa yang tidak betul dan sentiasa menanam nekad  untuk membuat yang terbaik.

“Tiada petua istimewa, perihal pemakanan pun tidak dijaga sangat, mungkin adanya kekuatan dalam diri,  mendapat sokongan dari keluarga menjadi faktor kejayaan saya malam ini (malam tadi),”katanya
  



No comments: