Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sembilan Penuntut UCB Terima Anugerah Ikon Akademik Siswa 2017



Sembilan penuntut Kolej Universiti Bestari( UCB) Setiu menerima Anugerah Ikon Akademik Siswa 2017 di kolej universiti itu, hari ini.
Anugerah yang julung kali diadakan dengan kerjasama Ahli Pemegang Amanah Yayasan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) bagi mengiktiraf penuntut UCB yang cemerlang dalam pelajaran.


Naib Canselornya, Prof Dr.Abd Aziz Yusof berkata, selain itu anugerah ini juga untuk memberi kesedaran dan motivasi kepada pelajar lain supaya berjaya dalam bidang akademik.
"Terima Kasih kepada PAUM kerana sudi menyediakan sumbangan kewangan bagi menjayakan program ini dan ianya menjadi perintis kepada kami untuk mengadakan anugerah ini pada setiap tahun," katanya.
Abd Aziz berkata, penuntut yang terpilih bukan sahaja mereka yang berjaya dalam bidang akademik malah di kalangan yang aktif dalam kokurikulum dan persatuan serta berketerampilan.

Penerima anugerah berkenaan adalah Muhammad Aziq Abdullah Zawani, Muhammad Nur Azfar Mohd Raub, Syed Arif Safwan Syed Ibrahim, Nurul Fasihah Mohd Fazi, Zulaikha Mat Husin, Siti Maisarah Alias, Wan Nor Khairunnisa Wan Rosdi, Mohd Firdaus Rashdi Mohd Rasyid dan Nurulain Abdul Hamid.

No comments: