Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Rosmah Dijadual Sampaikan Bantuan Pasca Banjir Di Terengganu



Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadualkan akan menyampaikan bantuan pasca banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pelong, Setiu, Jumaat ini.

Beliau yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus kira-kira jam 10 pagi.

Program penyerahan bantuan kepada 437 penerima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap akan bermula pada jam 11 pagi, sebaik selesai sesi taklimat di sekolah berkenaan.

Sejurus selesai program, beliau akan berlepas pulang ke ibu negara, kira-kira jam 12.30 tengahari.

No comments: