Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Ramadhan Dijadual Berangkat Dari LTSM Ke Kuala Lumpur Esok

Ramadhan (bertongkat) dijangka berangkat ke tanah suci pada 18 Januari ini.


Hasrat terakhir pesakit leukemia tahap empat, Muhammad Ramadhan Alias,20, 
untuk mengerjakan umrah tercapai apabila bakal berangkat ke tanah suci pada 18 Januari ini (Rabu).

Ramadhan ditemani ibunya, Saibah Yaacob akan mengerjakan ibadat itu selama 10 hari dan dijadualkan bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus Ke Kuala Lumpur, pada 3.45 petang esok.

Dia mendapat tajaan sepenuhnya daripada Biro Kebajikan UMNO Malaysia (Bikum) dan kerajaan negeri yang terpanggil menunaikan impian pemuda itu.

Sebelum itu, dalam pertemuannya dengan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada 5 Januari lalu, Ramadhan juga menzahirkan hasratnya untuk menunaikan umrah sementara masih berupaya berbuat demikian.

Ramadhan telah disahkan menghidapi leukemia pada Jun 2016 dan pada ketika itu berada di tahap ketiga.

Menurut Ramadhan, pakar perubatan memberi tempoh selama empat bulan kepadanya untuk terus hidup.

No comments: