Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pulau Kekabu Jadi Destinasi Pilihan Acara Utama Negeri




Destinasi menarik di Marang dan antara aset pelancongan negeri, Pulau Kekabu, menjadi lokasi pilihan penganjuran pelbagai acara utama di peringkat negeri.

Terbaru, Persatuan Kelab-Kelab Belia (MAYC) Kawasan Marang dan Majlis Belia Daerah Marang menganjurkan program julung kali, Kejohanan Bola Sepak Pantai Terbuka Terengganu.


Kejohanan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri,  A. Latiff Awang.

Turut hadir, Pegawai Daerah Marang, Yang Dipertua Daerah Marang dan pemimpin masyarakat.

Kejohanan ini disertai 70 pasukan dari dalam dan luar Terengganu.

A.Latiff yang juga Adun Pengkalan Berangan berhasrat menjadikan Marang sebagai sub pelancongan yang masyhur di Negeri Terengganu.


"Di Pulau Kekabu telah dibina infrustruktur yang baik seperti taman permainan kanak -kanak dan tandas. Terkini kiosk -kiosk kedai juga akan dibina di Pulau Kekabu ini.

"Rumah kayak atau kanu yang ada di sini akan diaktifkan dengan penganjuran pelbagai bentuk program. Selain itu, aktiviti perahu layar dan papan luncur air juga telah giat dijalankan,"katanya.

Beliau juga amat berbangga dengan inisiatif pelbagai pihak termasuk MAYC menganjurkan program di Marang untuk menjadikan daerah  itu sebagai destinasi tumpuan pelancongan.

Tambahnya, baru -baru ini Kejohanan Jamboree Batangan dan pada Februari ini akan dijalankan program Tesdec Challenge.

Pada April pula akan diadakan Kejohanan Sukan Air juga di Pulau Kekabu.

No comments: