Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

PRAB Kesan Banjir Lebih Awal

Wan Junaidi melakukan demonstrasi pembersihan di SK Durian Mentangau, Dungun, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Negeri di Pantai Timur termasuk Terengganu akan menerima amaran banjir lebih awal apabila Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) yang dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr  Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata untuk peringkat pertama ianya akan dimulakan di Terengganu, Kelantan dan Pahang dengan kos RM150 juta.

Katanya, PRAB mampu meramal banjir seawal tujuh hari sebelum berlakunya bencana tersebut dan 95 peratus lebih tepat dua hari sebelum banjir berlaku.

“Ramalan ini boleh memberi amaran awal supaya pihak-pihak seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan kerjasama semua pihak di peringkat pusat serta negeri dapat merancang perpindahan orang awam dengan lebih teratur.

"Projek ini masih sedang disiapkan. Apabila siap kita boleh operasikan dengan secepat mungkin dan harapannya musim tengkujuh akan datang boleh gunakan ramalan PRAB,” katanya.


Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau, Dungun, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Dato Ir Zulkefli Hassan, Pegawai Daerah Dungun, Dato’ Mohd Yasim Awang dan Pegawai Pembangunan Dungun, Dato’ Din Adam.

Tambah Junaidi, apabila fasa pertama yang akan dijalankan di Pantai Timur berjalan dengan baik, projek tersebut akan diteruskan di kawasan-kawasan lain.

“Peringkat di negeri lain akan dijalankan di seluruh negara termasuk di Johor, serta Sabah dan Sarawak.

“Kos keseluruhan di tempat-tempat lain mungkin akan menjangkau RM550 juta,” katanya.

No comments: