Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pos Malaysia Perkenal Digital Mailbox




Pos Malaysia akan memperkenalkan inisiatif Digital Mailbox yang dilengkapi keperluan komunikasi kerajaan, perniagaan dan rakyat tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia,Dato' Jailani Johari berkata, pelanggan mahu pun korporat akan dapat menerima mel yang disampaikan oleh Pos Malaysia dalam bentuk digital, di samping mempunyai ciri keselamatan (digital signature).

"Terdapat elemen-elemen keselamatan seperti 'digital signature' yang akan diperketatkan  bagi menjamin keaslian Penghantar dan Penerima.

" Dengan Digital Mailbox, Pos  Malaysia akan menawarkan kedua-dua kaedah penghantaran pos secara fizikal dan digital, sesuai dengan gaya hidup rakyat Malaysia yang telah berubah."kata Jailani.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Mangsa Banjir di Masjid Kampung Menerong, Hulu Terengganu hari ini.

Digital Mailbox merupakan inisiatif transformasi Pos Malaysia dan melengkapi kemudahan perkhidmatan eDagang secara 24 jam seperti Ezibox, Parcel Lockers, Aplikasi mudah alih Pos (Mobile Apps) dan tidak lama lagi, keupayaan rangkaian eDagang yang bersepadu (end to end) bagi memenuhi setiap keperluan sektor tersebut.

Katanya lagi,kementeriannya dalam pelan tindakan 'blue print' juga ingin menjadikan pejabat pos sebagai hub daerah untuk memasarkan barang-barang yang berbentuk barangan tempatan bagi usahawan mikro kecil atau pertengahan.

"Ini antara strategi yang akan kita laksanakan pada tahun ini bagi membantu para usahawan untuk pasarkan barang jualan mereka."kata Jailani.

Seramai 500 mangsa banjir daripada tujuh kampung di Hulu Berang menerima sumbangan berbentuk barangan makanan,tilam dan bantal .

Barang keperluan ini disumbangkan oleh syarikat-syarikat korporat dan Badan-badan Bukan Kerajaan(NGO'S) seperti edotco Group,Touch Matrix dan U Mobile.

No comments: