Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Petani Besut, Setiu Mampu Raih RM4,000 Semusim Tanam Ubi Kayu


Seramai 15,000 petani di Besut dan Setiu bakal menjana pendapatan sekitar RM4, 000 semusim sehektar hasil tanaman ubi kayu apabila kilang memproses tanaman itu di Gong Medang akan dibesarkan mengikut keperluan.
Pengerusi Peladang Negeri Terengganu, Dato' Wan Zakaria Abdul Rahman berkata, bagi merealisasikan tujuan itu, sebuah syarikat tempatan akan menjalankan usahasama dengan syarikat dari Indonesia bagi memajukan semula penanaman ubi kayu berkenaan.
"Syarikat Mercu Bumiraya Sdn Bhd bersama Induk KUD, Koperasi Unit Desa Nasional Indonesia akan memajukan industri ini yang akan memberi banyak manfaat kepada petani di Terengganu khususnya di Besut dan Setiu juga sempadan Kelantan.
"Saya begitu bangga dengan kerjasama ini dan juga sumbangan syarikat swasta dalam merealisasikan wawasan ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Makmal Ubi Kayu Pertama Terengganu di Kampung Tembila, Besut, hari ini.
Turut hadir, Penyelaras Peladang Negeri Terengganu, Dato' Tok Teng Sai, Ketua Setiausaha Induk Kud, Sukianto Muchsen dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercu Bumiraya, Beh Ah Seng.
Wan Zakaria berkata, kerajaan negeri yang mensasarkan pengeluaran 10 tan metrik tanaman itu sehari mahu semua peladang bekerjasama mengusahakan tanaman ubi kayu bersama-sama kerana tanaman itu mudah ditanam.
"Kita mempunyai banyak tanah terbiar dan di mana-mana kita boleh menanamnya, malah kini terdapat benih ubi kayu yang tidak diganggu oleh babi," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, penduduk di sekitar Tembila juga boleh menanam labu kerana Makmal Memproses Ubi Kayu di Tembila itu juga boleh memproses labu.
"Satu kawasan tananam labu seluas 100 hektar juga sudah dikenal pasti di Rhu Tapai dan akan diusahakan Peladang bermula Mac ini," katanya.

No comments: