Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Peruntukan Terengganu FA Dan T-Team FC Ditambah

Barisan pemain T-Team FC yang akan bersaing dalam Liga Super untuk musim ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Kerajaan negeri akan menambah perbelanjaan pengurusan dua pasukan utama bola sepak Terengganu,  Terengganu FA dan T-Team FC untuk musim ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, berdasarkan keadaan semasa, kos untuk kedua-dua pasukan dijangka meningkat dari tahun ke tahun.

“Namun demikian ianya belum dapat diputuskan lagi untuk kedua-dua pasukan utama kerana masih berada dalam rundingan akhir.

“ Untuk musim lepas, kerajaan negeri telah membelanjakan hampir RM30 juta bagi pasukan-pasukan ini. Tahun ini dijangkakan kos ini akan meningkat,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media sempena Majlis Pelancaran Jersi Serta Memperkenalkan Pasukan Bola Sepak & Hoki Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahim Jusoh dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.

Ahmad Razif yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata, kerajaan negeri turut mengenakan konsep penajaan bagi mengurangkan perbelanjaan yang akan diperuntukkan kepada dua pasukan utama tersebut.

“Sekarang ini kita menerapkan konsep penswastaan namun masih di bawah pimpinan kerajaan di mana kerajaan akan mendapatkan sumber untuk diberi kepada pasukan-pasukan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Razif berharap agar mana-mana pasukan tersebut akan membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala kepada peminat bola sepak di Terengganu.

No comments: