Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Perkeso Bayar Faedah RM5.9 Juta Sepanjang 2016


Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu membayar faedah berjumlah RM5.9 juta dengan membabitkan 1,177 kes sepanjang 2016 di seluruh Terengganu.
Pengarahnya, Nora Yaacob berkata, daripada jumlah itu, faedah hilang upaya kekal (HUK) mencatatkan pembayaran tertinggi dengan RM2.75 juta diikuti hilang upaya sementara (HUS) sebanyak RM1.2 juta manakala RM1.12 juta bagi pencen penakat.
Katanya, faedah lain seperti faedah orang tanggungan (FOT) pula membabitkan bayaran sebanyak RM129,487, faedah pengurusan mayat (FPM) (RM370,000), pencen ilat (RM217,104), bayaran ganti belanja RM121,241), elaun jemaah doktor (RM52,160) dan `return to work' (RM3,600).
"Menjadi kewajipan kepada semua majikan-majikan di Terengganu ini untuk mendaftar dan mencarum dengan pihak Perkeso kerana caruman ini amat penting buat pencarum biarpun sedikit nilainya.

"Sehingga ke hari ini kita memiliki seramai 23,562 majikan berdaftar di Terengganu dengan 14,963 daripadanya di bandar raya ini di samping Dungun (3,752 orang) dan Kemaman (5,027 orang)," katanya.
Beliau menyatakan demikian selepas penyampaian sumbangan pencen kepada isteri anggota sukarela Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mohd. Syawal Mohd. Yusof, 35, yang meninggal dunia ketika menyertai misi mencari dan menyelamat pemancing hilang di kawasan Hutan Simpan Sungai Lut, Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu, 3 Disember tahun lalu.
Sumbangan itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang ketika melawat rumah mangsa di Kampung Mia, Tanjung Putat semalam.
Anisha Jusoh@Jaafar, 34, menerima pencen berjumlah RM650 sebulan sepanjang hayat di samping faedah pengurusan mayat sebanyak RM1,500 berikutan kematian suaminya.
Menurut Nora, sehingga kini terdapat seramai 106,689 pekerja aktif didaftarkan di Terengganu.

No comments: