Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Banjir : PM Lawat Mangsa Banjir Di SK Banggol Peradong


Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Peradong, Manir, hari ini.



Dalam lawatan tersebut, Mohd Najib yang tiba kira-kira jam 3 petang menyerahkan kit makanan tambahan kepada 112 keluarga membabitkan 461 mangsa banjir.

Najib yang dikerumuni orang ramai turut meluangkan masa selama kira-kira 30 minit beramah mesra dan bertanya khabar kepada mangsa-mangsa banjir di pusat itu.



Pusat pemindahan banjir yang dibuka sejak 5 Januari lalu itu menempatkan penduduk dari 13 kampung antaranya Kampung Banggol Peradong, Jeram, Bukit Seraman, Kampung Baru Tetambah dan Lapan Sira.

Terdahulu, Mohd Najib turut diberi Taklimat Pengurusan Banjir oleh Setiausaha Kerajaan Negeri,  Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.



Selepas itu, Perdana Menteri menuju ke Pusat Pemindahan Banjir SK Bukit Guntong, Tepoh, Kuala Nerus untuk melawat mangsa banjir kira-kira jam 3.30 petang.

Turut mengiringi beliau dalam kedua-dua lawatan tersebut, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman;  Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , Dato' Seri Shahidan Kasim,  dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Seri Jailani Johari.

No comments: