Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Penternak Ikan Air Tawar Disarankan Jual Hasil Sebelum Musim Tengkujuh




Para penternak ikan sangkar air tawar di Terengganu dinasihatkan menjual hasil ternakan mereka sebelum tiba musim tengkujuh bagi mengelakkan kerugian yang berlaku akibat banjir.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu,Zawawi Ali berkata, langkah ini bagi membantu para penternak mengatasi kerugian yang dialami setiap tahun akibat kerosakan sangkar dan ikan mati.

"Kita selalu terima aduan para penternak tentang kerosakan sangkar ikan, ikan yang mati dan ikan yang dibawa arus deras akibat terlepas apabila musim banjir di seluruh negeri Terengganu.

"Jadi mereka perlu lebih bijak dalam menguruskan ternakan mereka dan menentukan masa yang sesuai untuk memasukan benih ikan agar hasil dapat dituai sebelum musim tengkujuh,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat ke sangkar ternakan ikan di Kampung Pantai Ali, Hulu Terengganu.



Zawawi yang meluangkan masa untuk melihat sendiri kerugian penternak ikan di samping mengadakan perbincangan mengenai teknik pengurusan ikan dan sangkar yang lebih efektif bagi meningkatkan  hasil.

Dalam beberapa siri gelombang banjir baru-baru ini, seramai 15 pengusaha daripada 21 pengusaha sangkar ikan di Kampung Pantai Ali kerugian hampir RM180,000 apabila 25 sangkar ikan rosak teruk dan hampir lapan tan ikan ternakan mati.

Zawawi berkata, pihaknya akan mengira kos kerugian yang ditanggung dan akan memberi bantuan bagi mengurangkan beban para penternak.

"Kita juga adakan perbincangan dengan pengusaha ternakan bukan sahaja mengenai isu ikan tetapi juga usaha membaik pulih semula bagi meningkatkan pendapatan yang ada,"katanya lagi.

No comments: