Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pemimpin Perlu Bijak Memanipulasi Komunikasi


Pemimpin di negeri ini sewajarnya berupaya memanipulasikan komunikasi secara berkesan untuk mendapat kepercayaan dan sokongan jentera pentadbiran, termasuk rakyat di peringkat akar umbi kearah merealisasikan pelan tindakan negeri.

Pada masa sama, perlu menyerapkan pemahaman ideologi semasa dan kuasa yang merupakan cabang utama pertimbangan bagi pembuktian keupayaan masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas- tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, berkata sebagai pemimpin kita perlu mengakui kelemahan masing- masing, termasuk gagal menyampaikan maklumat secara terus kepada rakyat sekiranya timbul isu tertentu.

"Bersikap tidak mahu mengubah imej diri kepada yang lebih baik dan kegagalan mengguna pakai saluran media," katanya.

Beliau berkata demikian pada Bengkel Penetapan Hala Tuju Dan Strategi Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) 2017 di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Ukom,  Ab Rasid Jusoh.


Bengkel selama dua hari, berakhir esok itu dihadiri lima penceramah jemputan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) iaitu Prof Dr Ahmad Puad Mat Som dan Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan.

Penceramah lain, Prof Dr Wan Abd Aziz Wan Mohd Amin, Prof Madya Dr Mohamad Razali Abdullah dan Dr Muhamad Fazil Ahmad.

Ghazali turut memberitahu sebagai jabatan yang menyampai maklumat, Ukom perlu merangka satu strategi, selain perlu ada perancangan yang boleh memperkasakan pucuk pimpinan, terutama Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Katanya, agensi itu perlu bijak menyampaikan maklumat melalui pelbagai saluran sama ada secara komunikasi, media massa dan media baharu kepada sasaran.

"Sebaliknya jangan menambah dan memutar belit isu tertentu kerana dibimbangi disalah erti rakyat dan memberi kesan buruk kepada pentadbiran negeri," katanya


No comments: