Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pasang Dua Siren Kesan Amaran Awal Empangan





Stesen Kuasa Elektrik Hidro Sultan Mahmud  Kenyir akan memasang dua siren amaran awal sebagai prosedur stesen berkaitan dengan keselamatan empangan.

Pengurus Besar Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud Kenyir, Mustafa Hashim berkata siren itu akan di pasang di Kampung Jenagor dan Kampung Kuala Dura dan dijangka siap April atau Mei ini.

"Siren ini akan digunakan dan diaktifkan apabila paras air empangan mencapai paras kritikal atau paras yang yang perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa dan jawatankuasa pengurusan bencana daerah dan negeri,

"Kapasiti dan keupayaan siren ini boleh didengar sejauh satu kilometer radius dan kawasan sekeliling sejauh dua kilometer radius sekitar ia di pasang."Kata Mustafa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman ke Stesen Kuasa Elektrik Hidro Sultan Mahmud  Kenyir, Hulu Terengganu, hari ini.

Katanya,langkah untuk memberi amaran awal dan membantu penduduk untuk berjaga-jaga dan bersiap siaga apabila berlaku keadaan kecemasan.

Pihak kami juga akan menyelaras penggunaan atau faedah pemasangan siren dengan pihak berkuasa bencana daerah untuk digunakan ketika berlakunya banjir.



Dalam pada itu,beliau berkata Empangan Utama Tasik Kenyir, Hulu Terengganu sedia menghadapi kemungkinan banjir dengan menurunkan paras air ke paras terendah sebelum musim tengkujuh bermula lagi.

"Pihak kami telah bersiap sedia dengan segala kemungkinan untuk berdepan dengan banjir sejak awal lagi.

"Apabila air melepasi 145 meter bermakna jumlah air hujan yg turun di kawasan tadahan sekitar Tasik Kenyir makin banyak dan tasik hanya boleh menakung air setakat paras 145 meter sahaja.

"Aliran air pada Alur Limpah adalah biasa dan telah berlaku lapan kali sejak Empangan dibina pada 1985.. Alur Limpah dibina khas dan mampu mengalirkan air sehingga paras maksima 153m dan paras ketinggian empangan ialah 155m."katanya

Menurut Mustafa,paras paling tinggi pernah berlaku pada 2014 iaitu 148 meter dan telah dialirkan melalui Alur Limpah ketika itu.

"Air yang berlebihan akan mengalir ke Sungai Terengganu dan aliran air di kawasan  hilir akan bertambah dan mungkin kawasan banjir dan tahapnya akan bertambah."ujarnya lagi.

Katanya lagi,pihaknya telah memastikan  paras air terendah di empangan utama kenyir setiap November dengan paras 137 meter berbanding dengan paras penuh 145 meter.

"Ini perlu untuk menyediakan ruang takungan besar dan mencukupi untuk tampung jumlah hujan turun sekiranya hujan terlalu lebat,air tasik akan disalurkan melalui alur limpah serta ke empat buah turbain dengan keupayaan 400 megawatt yang terdapat di empangan utama."katanya

Menurut Mustafa,air tasik tidak akan pergi mengalir  mana-mana sungai  kerana air hanya akan keluar melalui alur limpah yang direka bentuk untuk menampung limpahan termasuk empat buah turbain janakuasa utama.

"TNB juga berperanan untuk melepaskan air bagi menolak air pasang dari laut untuk mengelakkan air masin memasuki stesen-stesen syarikat SATU.

"Ini adalah antara tindakan sepanjang tahun sekiranya air pasang besar berlaku dan TNB akan bekerjasama dengan SATU untuk pastikan air masin tidak masuk ke stesen-stesen SATU demi menjaga kualiti air terjamin, "katanya lagi.

No comments: