Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Moga 2017 Melakar Lebih Banyak Cerita Kejayaan




Ahmad Razif membuat cabutan bertuah selepas acara countdown tahun baru 2017 di Pulau Warisan, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah.

Semoga kedatangan 2017 akan melakar lebih banyak cerita kejayaan buat Terengganu dalam pelbagai bidang, kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

"Jika sepanjang 2016 Terengganu berjaya mencipta pelbagai kejayaan, moga tahun baru ini akan membawa kejayaan lebih baik.

"Saya juga berharap dan mendoakan tahun baru ini semua rakyat Terengganu menanamkan semangat dan mampu menjadi contoh yang membanggakan dalam pelbagai bidang bukan sahaja di pentas negara, malah juga di dunia, " katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap sempena 'countdown' tahun baru 2017, di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, malam ini.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.

Hadir sama,  Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Ahli- ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.


Ahmad Razif juga berharap dengan permulaan tahun ini, yang juga pembukaan sambutan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017, mampu mencapai sasaran sehingga 55 juta pelawat ke seluruh Terengganu sepanjang tahun.

Katanya, kedatangan pelawat dalam dan luar negara itu pastinya mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Terengganu.

"Tidak lupa untuk saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Terengganu yang sentiasa memberi komitmen dan menjayakan segala perancangan serta memainkan peranan yang baik dalam usaha pembangunan mahupun kejayaan negeri.

"Saya juga mengambil kesempatan mewakili kepimpinan negeri ini berharap kehadiran tahun baru 2017 yang lebih barakah," katanya.


Lebih 10,000 pengunjung membanjiri tapak program yang menyajikan pelbagai acara menarik seperti persembahan artis popular tanah air, pameran motofest, kiosk jualan produk tempatan dan ruang pameran pelancongan negeri.

No comments: