Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Elak Parkir Kenderaan Di Waktu Puncak


Ahmad Razif beramah mesra bersama peniaga dan pelanggan kedai makan di Hentian Bas MBKT, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim

Pengguna jalan raya hanya dibenarkan  meletak kenderaan secara percuma di kawasan Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu termasuk di Jalan Sultan Ismail, mulai jam 6 petang hingga 6 pagi.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, orang ramai diberi kelonggaran hanya dalam tempoh itu dan jika ingkar serta masih meletak kenderaan pada waktu puncak, iaitu antara jam 6 pagi hingga 6 petang tindakan tegas akan diambil.

“Saya kesal dengan sikap pengguna jalan raya yang lebih gemar meletak kenderaan di kawasan larangan walaupun menyedari ia berisiko mengundang kemalangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau perubahan laluan di Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Zulkifli Abu Bakar.

Menurutnya, pihaknya mengakui perubahan jalan raya yang dilakukan MBKT dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) mulai 15 Januari lalu itu turut mengundang kemarahan pengguna jalan raya kerana terpaksa berjalan jauh untuk berurusan di lokasi tertentu termasuk untuk ke bank.

“Mereka perlu memahami keadaan itu kerana  setiap perubahan laluan semata-mata mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tumpuan dan bukannya menyukarkan pengguna jalan raya,” katanya.

Berdasarkan rekod MBKT sebanyak enam lokasi diubah iaitu:-

-Dari Jalan Air Jernih – Jalan Engku Sar
-Jalan dua hala- Jalan Dato’ Abu Bakar Daud
- Dari Jalan Tok Lam ke PB Plaza
-Laluan keluar antara PB Plaza dan PB Square melalui Jalan Tengku Embong Fatimah
-Laluan keluar dari PB Square melalui Pustaka Sri Intan ke Jalan Masjid Abidin
-Laluan kelaur tempat letak kereta dataran PMINT ke Jalan Banggol
-


No comments: