Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kerusi DUN Bandar Untuk MCA

Ahmad Razif meluangkan masa bersama kaum Cina Kuala Nerus di Duyung Marina & Resort, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Barisan Nasional (BN) Terengganu memberi komitmen penuh bahawa kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar akan terus diberikan kepada MCA.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata walaupun pada penggal lalu MCA tidak dapat mempertahankan kerusi di DUN tersebut, MCA masih diberi kepercayaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

“Selaku pengerusi, saya memberi komitmen bahawa kerusi di DUN Bandar adalah untuk MCA dan saya telah jelaskan kepada Presiden MCA tentang perkara ini.

“Konsep ini telah diamalkan sebelum ini, sekarang dan mungkin selamanya. Dalam soal ini, kita mempunyai konsep toleransi, bertolak ansur serta memahami antara satu sama lain,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Perjumpaan Bersama Masyarakat Cina Kuala Nerus Sempena Tahun Baru Cina di Duyung Marina & Resort, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail dan Pengerusi MCA Parlimen Kuala Nerus, Eng Who Wat.

Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata walaupun bilangan pengundi Melayu berbanding pengundi Cina di kawasan tersebut, namun perkara itu adalah yang telah dimeterai sejak dari dulu.

Tambahnya, calon MCA di DUN Bandar telah dikenalpasti dan ianya akan diumumkan sendiri oleh presiden parti tersebut.

“Saya tidak mempunyai halangan dengan calon tersebut. Kita bersetuju dengan calon yang akan diketengahkan oleh MCA,” katanya.

No comments: