Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kerosakan Sekolah Akibat Banjir RM6 Juta


Nilai kerosakan sekolah akibat bencana banjir di Terengganu baru-baru ini, dianggarkan mencecah RM6 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, taksiran itu dibuat berdasarkan semakan serta laporan yang diterima daripada pejabat pendidikan di setiap daerah de­ngan Hulu Terengganu dan Setiu merupakan daerah yang paling teruk terjejas.

Katanya, menurut laporan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu sebanyak 133 sekolah terlibat dengan bencana itu yang mengakibatkan kerosakan fizikal dan penggantian perabot selepas bangunan yang dinaiki air, ditimpa ribut, rosak struktur bumbung dan sebagainya.

“Kerugian tersebut melibatkan kerosakan perabot, peralatan pengajaran dan pembelajaran, buku teks, pendawaian elektrik serta beberapa kemudahan lain termasuk padang dan bumbung sekolah.

“Laporan mengenai kerosakan ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan untuk tindakan selanjutnya bagi tujuan baik pulih dan sebagainya,” ujarnya.


Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Ramah Mesra Ibu Bapa dan Pelajar Baharu Tingkatan Satu Bersama Menteri Besar dan Penyampaian Bantuan Persediaan Kepada Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Imtiaz di Stadium Negeri, semalam.

Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahim Jusoh; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, Bazlan Abdu Rahman; Pengarah Yayasan Terengganu, Mohamad Sulong dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin. 

Pada majlis itu, seramai 700 pelajar menerima bantuan persediaan sebanyak RM500 setiap seorang.

A.Latiff berkata, pihaknya juga berharap Kementerian Pelajaran dapat menyalurkan peruntukan itu dengan kadar segera.

Sementara itu, beliau berkata sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat banjir tidak perlu menggantikan semula hari persekolahan.


No comments: