Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kerajaan Negeri Sasar 50,000 Pengunjung Ke Pameran Negeri Cantik, Budaya menarik



Kerajaan negeri melalui Lembaga Muzium Negeri Terengganu menyasarkan 50,000 pengunjung bakal mengunjungi Pameran Negeri Cantik, Budaya Menarik yang berlangsung selama enam bulan di ruang legar Muzium Negeri Terengganu bermula semalam.
Timbalan Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Abd Rahman berkata, pameran yang berkonsepkan paparan keunikan budaya dan keindahan negeri melalui alam semulajadi dan sejarah itu adalah salah satu medium mempromosi Tahun Melawat Terengganu yang dijenamakan semula kepada Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.
“Pameran ini juga bertujuan memperkenalkan kepada pengunjung tentang kepelbagaian produk makanan khususnya makanan tradisional negeri ini selain mempamerkan kesan-kesan sejarah, keunikan batuan dan flora, fosil-fosil haiwan dan sebagainya.
“Kita mengharapkan ianya mendapat sokongan daripada masyarakat setempat selain kerjasama penggiat pelancongan dengan membawa pelancong sempena VBT 2017 berkunjung ke muzium untuk mengenali lebih dekat kepelbagaian khazanah alam, keunikan dan keindahan negeri Terengganu yang ditonjolkan melalui pameran ini,” ujarnya.

Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pameran Negeri Cantik, Budaya Menarik dan Pelancaran Kalendar Aktiviti 2017 Lembaga Muzium Negeri Terengganu di Muzium Negeri, hari ini.
Menurut Tengku Zaihan, pameran ini merupakan pameran pertama yang dilaksanakan secara NBOS oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu dengan kerjasama daripada beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mempamerkan sebanyak 257 koleksi gambar dan lukisan.
“Bagi merealisasikan objektifnya terdapat lebih dari 50 koleksi artifak budaya dan foto keindahan alam semulajadi dan tempat menarik menjadi kandungan dalam pameran tersebut.
“Ianya turut diisi dengan Pertandingan Melukis Citra Terengganu yang bakal mengumpulkan pelukis luar dan tempatan bagi menvisualkan imej terengganu melalui medium seni lukis,” ujarnya.

No comments: