Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kejohanan Motocross Besut Uji Ketahanan Mental, Fizikal Remaja

Penganjuran aktiviti lasak Kejohanan Motorcross Besut mampu menjadi platform menarik pembabitan remaja mendekati program yang berfaedah dan menguji ketahanan fizikal serta mental melibatkan diri dalam sukan ekstrim.
Kejohanan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Benting Lintang, Besut, itu dilihat berjaya menarik perhatian pelbagai golongan masyarakat.
Lebih 2,000 penonton menyaksikan kejohanan yang dianggap paling meriah dan menarik terutama aksi mencabar yang dilakukan peserta.


Pengerusi J3K Kampung Benting Lintang, Ghazali Daud berkata, kejohanan itu bertujuan menarik minat golongan muda dalam sukan lasak dan aktiviti permotoran.
Katanya, pada kejohanan itu, seramai 150 peserta dari seluruh Terengganu mempamerkan kehabatan dalam aksi yang penuh cabaran.
Beliau berkata, sambutan menggalakkan daripada peserta selain sokongan peminat setempat meneriahkan kejohanan kali pertama tahun ini.

Majlis pelepasan peserta disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa.
Beliau turut meluangkan masa menonton kejohanan itu sehingga tamat.

No comments: