Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kejohanan Bola Sepak MAYC Medan Cungkil Bakat Baru


Kejohanan Bola Sepak Pantai Terbuka Terengganu menjadi medan terbaik mengenalpasti bakat baru dan mampu menjalin hubungan ukhuwah yang baik di kalangan belia.

Pegawai Penyelaras DUN Rhu Rendang Dato' Nik Dir Nik Wan Ku, berkata program anjuran Persatuan Kelab -Kelab Belia  (MAYC ) Kawasan Marang bersama Majlis Belia Daerah Marang itu juga dilihat signifikan bagi mengelakkan golongan belia dari aktiviti tidak berfaedah selain memupuk gaya hidup sihat.

"Syabas dan tahniah kepada penganjur. Bukan mudah mengadakan acara seumpama ini apatah lagi menghimpunkan 70 pasukan dari negeri di seluruh Malaysia. Alhamdulillah program juga berjalan lancar tanpa berlaku perkara -perkara yang tidak diingini.

"Moga sumbangan kita dalam menjayakan amalan hidup gaya hidup sihat dengan bersukan ini mampu menjadi contoh kepada ramai persatuan lain dan dapat diteruskan pada masa akan datang, " katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perasmian penutup kejohanan di Pulau Kekabu, Marang, kelmarin.

Turut hadir, Presiden MAYC Kebangsaan, Mohd Shabudin Hashim, Pengerusi MAYC dan Majlis Belia Daerah Marang, Amirullah Othman dan ketua-ketua jabatan serta pemimpin masyarakat.


Dalam pertandingan itu, johan disandang oleh pasukan Gelombang FC dan naib johan pasukan Kuala Pahang.

Masing- masing membawa pulang wang tunai RM2, 500 dan RM1,500 beserta medal dan piala kejohanan.

Manakala tempat ketiga dan keempat pula menjadi milik Pasukan Marang FA dan Telaga Batin FC , masing-masing menerima wang tunai RM500 dan medal.

No comments: