Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Jumlah Mangsa Banjir Menurun


Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 681 orang (187 keluarga) setakat pukul 11 pagi ini, berbanding 2,917 orang (854 keluarga) tengah hari semalam.

Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terengganu.gov.my, hanya 14 pusat pemindahan yang masih beroperasi iaitu tujuh di Hulu Terengganu, Kemaman (3) dan masing-masing dua di Besut dan Setiu.

Di Hulu Terengganu 403 orang (134 keluarga) masih di pusat pemindahan sementara 126 orang (24 keluarga) di Kemaman.

Manakala seramai 82 orang (16 keluarga) pula masih ditempatkan di Dewan Serbaguna Bukit Tanah dan Balai Raya Kampung Padang Cili, Besut.

Sementara, 70 orang daripada 13 keluarga lagi di Surau Kampung Nyatoh dan Balai Raya Beris Tok Ku, Setiu.

No comments: