Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Jualan Chicken Cottage Meningkat 60 Peratus


Rangkaian restoran makanan segera, Chicken Cottage di Ladang, Kuala Terengganu mencatatkan peningkatan jualan hampir 60 peratus berbanding urusniaga dalam tempoh tiga bulan pertama.

Pelbagai promosi dan program dipergiatkan antaranya, memperkenalkan pakej serendah RM7.90, menawarkan sambutan hari lahir serendah RM130  bagi sepuluh kanak-kanak berserta hadiah.

Pemangku Pengarah Urusan TI Global Food Management Limited, Khalizan Mahmud, berkata tawaran lain, potongan harga sebanyak 20 peratus kepada pelajar dan penjawat awam, selain menawarkan perkhidmatan katering dengan harga berpatutan.

Katanya, pihaknya mengakui dalam tempoh tiga bulan pertama beroperasi, urusniaga Chicken Cottage kurang mendapat sambutan dan kadar jualan semakin hari semakin merosot.

“Menyedari hakikat itu pihak pengurusan menjalankan  kajian mengenai persepsi masyarakat Terengganu terhadap kewujudan produk itu.

“Pelbagai rumusan diguna pakai, antaranya produk yang ditawarkan agak mahal, promosi tidak meluas dan lebih gemar mendengar cakap-cakap orang berbanding mencuba sendiri produk yang ditawarkan,”katanya.

Menurutnya, pada masa sama, terdapat tanggapan restoran itu hanya untuk golongan atasan, selain gemar bersikap negatif terhadap produk baru.

“Apa yang diperkatakan masyarakat dipandang serius dan menganggap sebagai  teguran positif untuk membaiki segala kelemahan dan kekurangan.

“Oleh itu, Chicken Cottage merangka pelbagai strategi dan promosi istimewa khusus untuk penduduk Terengganu tanda sokongan dan kepercayaan yang semakin meningkat,”katanya.

Katanya, selain promosi istimewa, terdapat juga produk-produk baru yang unik bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

“Pihak kami juga akan meneruskan lagi pelbagai tawaran istimewa, menambah dua rangkaian restoran di Pantai Barat, yang dijangka pertengahan tahun ini,”katanya.
.
  
.


No comments: