Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

HSNZ Jadi Rujukan Sub-Kepakaran O & G


Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu kini menjadi hospital rujukan bagi zon Pantai Timur yang menawarkan satu sub kepakaran Obstetrik & Ginekologi (O & G) iaitu Perubatan Reproduktif yang mengendalikan perkhidmatan Teknologi Bantuan Reproduktif (ART).

Perkhidmatan ART di HSNZ bermula sejak 2005 dengan prosedur Intrauterina Insemination (IUI).

Pengarah HSNZ, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, selain IUI perkhidmatan ART termasuk, In- Vitro Fertilization (IVF) iaitu persenyawaan dalam tabung uji dan Intracytoplasmic Spem Injection (ICSI).

“Perkhidmatan ART di hospital ini bermula sejak 12 tahun lalu dengan prosedur IUI yang melibatkan 3,048 kes sehingga tahun lalu.

“Manakala, pada 23 Disember 2009 Unit Perawatan Reproduktif HSNZ telah mula mengendalikan kes IVF yang pertama. Sehingga kini sebanyak 583 kes IVF dan ICSI telah dirujuk di pusat ini,” ujarnya pada program bersama media di Kompleks Rawatan harian, HSNZ, hari ini.

Katanya, HSNZ telah melakar sejarah apabila bayi pertama dengan kaedah IVF dilahirkan pada 31 Ogos 2010 dan sehingga kini, seramai 71 orang bayi dilahirkan di hospital itu menerusi kaedah tersebut.


Menurut beliau, kesemua perkhidmatan ART yang ditawarkan dikenakan bayaran yang amat berpatutan berikutan rawatan tersebut menerima dana daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Seorang ibu, Mastika Abdul Aziz, 38, sukar menggambarkan perasaannya ketika menemani zuriat tunggalnya yang dinanti hampir empat tahun memasuki tahun satu sesi persekolahan baru-baru ini di Sekolah Kebangsaan Marang.

Apa tidaknya, anaknya itu Muhamad Amar Haziq,7, yang dilahirkan menerusi program persenyawaan dalam tabung uji (IVF) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 31 Ogos 2010 telah mula memasuki alam persekolahan.

Mastika yang berkhidmat sebagai jururawat di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi (Priba) dan berasal dari Marang, berkata, beliau bersama suaminya Mohammad Fadli Ngah, 38, menunggu selama empat tahun menerusi pelbagai kaedah perubatan untuk mendapatkan cahaya mata termasuklah melakukan permanian beradas (IUI) tetapi masih belum berjaya memperolehi zuriat.

"Selepas usia perkahwinan memasuki dua tahun, saya mencuba permanian beradas sebanyak empat kali, bagaimanapun keputusannya amat mengecewakannya. Walau bagaimanapun, saya tidak berputus asa sehinggalah saya disyorkan kaedah IVF ini oleh seorang doktor pakar dan sebaik mencuba ia benar-benar mendatangkan hasil," katanya.

Sementara itu, pensyarah di Fakuiti Sains kesihatan Universiti Sultan Zainal Abidin, Siti Noor Syuhada Mohd@ Molahamd Amin, 29, dan suaminya Ahmad Riedhaudden Razak,34, mengambil inisiatif untuk menjalankan IVF di HSNZ kerana kosnya yang berpatutan iaitu sekitar RM3,400 sahaja.

“Setelah lima tahun berkahwin dan selepas tiga kali melakukan IUI tetapi ianya tidak berhasil,  saya dan suami mengambil keputusan untuk menjalankan IVF disini kerana kosnya lebih murah berbanding di hospital swasta. Alhamdulillah, doktor mengesahkan saya mengandungkan bayi kembar berusia sembilan minggu hasil percubaan pertama kali melakukan IVF ini,” ujarnya.

No comments: