Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Hentikan Provokasi Isu Kompleks Hotel Di Masjid Sultan Mahmud





Hentikan tohmahan ke atas pembinaan Kompleks hotel, ruang niaga serta dataran yang lebih menarik di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang sebagai punca kebinasaan dan perlu diselamatkan, kata Dato' Tengku Putera Tengku Awang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Berang berkata demikian susulan tindakan Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Masjid Sultan Mahmud yang membuat bantahan melalui Youtube dan WhatsApp serta laporan polis, aduan kepada Pengarah Biro Pengaduan Awam Negeri Terengganu dan terbaru di sidang media.

Katanya, pihaknya juga tidak mengiktiraf tindakan jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan oleh Tuan Muhyidin Abdul Rashid kerana seakan-akan membuat propaganda yang berkepentingan dan menghasut orang ramai sedangkan penubuhan serta status jawatankuasa mereka adalah meragukan.

"Penyelesaian pengambilan balik tanah yang terlibat oleh kerajaan negeri dibuat pada 2006 dengan bayaran RM3.2 juta kepada pemilik-pemilik tanah dan diwartakan sebagai Tanah Milik Kerajaan Negeri di bawah Seksyen KTN62 dengan penjaganya Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (PHEANT).

"Pihak PHEANT sebenarnya telah mendapat pandangan dan kelulusan daripada YB Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Terengganu dalam urusan memberi kebenaran membangunkan kompleks ini sebagai sebahagian daripada Program Menaikkan Syiar Islam serta menyemarakkan peranan Masjid Sultan Mahmud  kepada jemaah di sekitar Bandar Kuala Berang.

"Kelulusan diberi pada 15 April 2015 manakala Majlis Fatwa Negeri Terengganu memberikan kelulusan pada 22 Jun 2015 dengan memberi perhatian kepada tiga perkara iaitu peniaga mestilah 100 peratus beragama Islam, hotel bercirikan Islamik dan kompleks perniagaan ditutup ketika solat Jumaat, "kata Tengku Putera dalam satu sidang media khas, di pejabatnya hari ini.

Turut hadir,  Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik,Jurutera Daerah Hulu Terengganu,Mohd Fadzlie Ibrahim,wakil-wakil jabatan dan kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K)di DUN Kuala Berang.

Menurut Tengku Putera, bangunan itu dibangunkan sebagai kompleks perniagaan yang moden berkonsep mesra rakyat, sementara  hotel di dataran bersebelahan Masjid Sultan Mahmud Kuala Berang bernilai RM25.48 juta pula akan menjadi ikon baharu bandar itu.

"Kompleks itu akan dilengkapi satu blok kedai tiga tingkat yang mengandungi 30 unit rumah kedai, pejabat serta cadangan sebuah mini Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) termasuk hotel enam tingkat yang mempunyai 66 bilik di tanah seluas 8,030 meter persegi.

"Matlamat pembangunan adalah untuk dimanfaatkan untuk kepentingan ekonomi masjid dengan pembahagian keuntungan 50 peratus daripada perniagaan dan 50 peratus untuk tabung khairat kematian penduduk Kuala Berang di samping menjadi aset kekal, "katanya.

Tengku Putera menambah, mengenai tuduhan dalam laporan kepada Jabatan Pengaduan Awam yang mendakwa jawatankuasa masjid betkenaan tidak tahu menahu  tentang pelaksanaan projek itu juga tidak benar sama sekali.

"Mesyuarat penuh Jawatankuasa Masjid Sultan Mahmud dan taklimat khusus telah diadakan sebanyak tiga kali  pada 2016 dan dihadiri oleh sebilangan besar ahli jawatankuasa.

"Malah permintaan  pihak masjid yang  memaklumkn supaya kawasan pembangunan tidak dipagari sepenuhnya,  ianya telah menjadi reka bentuk yang dimasukkan dalam projek tersebut..Malah pengumuman rasmi tentang pembinaan kompleks ini telah diumumkam dalam khutbah Jumaat pada 16 Disember 2016,"ujarnya.

Beliau berkata, ini menjelaskan semua isu yang yang dibangkitkan oleh golongan ini tidak berasas sehingga perlu membatalkan pembinaan kompleks ini.

"Sepatutnya mereka perlu mendapatkan fakta yang betul terlebih dahulu dan barulah buat kenyataan.

"Hentikan segala tohmahan, sebaran cerita rekaan palsu dan sama-sama bertaubat di atas ketelanjuran tuduhan-tuduhan mereka,"kata Tengku Putera.

No comments: