Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Hasil Perbengkelan UKOM Ditambah baik

Hasil perbengkelan Unit Komunikasi Negeri (UKOM) Terengganu menerusi Bengkel Penetapan Haja Tuju dan Strategi akan diteliti untuk ditambah baik supaya mampu mencapai visi serta misi penubuhannya sejak 2004.

Pengarah Pejabat Wakaf dan Infaq Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, idea dan input yang dihasratkan peserta bengkel menerusi isu berbangkit akan dimurnikan sebelum dibukukan sebagai rujukan untuk diimplementasikan semua pegawai dan kakitangan.


Katanya, pihaknya bersedia membimbing dan berkongsi pandangan kepada UKOM untuk memastikan hasil bengkel itu mampu memperkasakan agensi itu, sebagai pusat utama i pusat sumber maklumat kepada rakyat dan medium penghubung bukan sahaja kerajaan dengan media, juga badan politik serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

“Pihak kami berharap penganjuran program seumpama ini akan diteruskan, termasuk bersama jabatan lain yang mempunyai hubung kait  perhubungan dan komunikasi supaya peranan dan fungsi setiap badan itu mampu diperkasakan seiring dengan keperluan semasa,”katanya.



Beliau berkata demikian selepas majlis penutup Bengkel Penetapan Hala Tuju Dan Strategi Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) 2017 di Hotel Permai, Kuala Terengganu, semalam.

Majlis perasmian penutup bengkel dua hari bermula 17 Januari disempurnakan Pengarah UKOM, Ab Rasid Jusoh.


Ahmad Azrin


Turut sama lima  penceramah jemputan UniSZA lain  iaitu Prof Dr Ahmad Puad Mat Som, Prof Dr Wan Abd Aziz Wan Mohd Amin, Prof Madya Dr Mohamad Razali Abdullah, Prof Dr Abdul Malek A Tambi dan Dr Muhamad Fazil Ahmad.


No comments: