Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Group Bidaan Amal Turun Padang Bantu Mangsa Banjir




Group Bidaan Amal Numismatik Sejagat dengan kerjasama Pekida Kemaman dan Pertubuhan Al Amin memperuntukkan RM3,000 kepada 100 keluarga di Kampung Matang, Hulu Telemong.

Pengerusi Group Bidaan Amal Numismatik Sejagat,Jeffry Effendi berkata, misi bantuan ini telahpun bermula pada tahun lepas kepada mereka yang memerlukannya.

"Kami merupakan pencinta duit lama,bila kami dapat duit lama dan terus jual di pasaran dengan nilai tertentu....hasil jualan kami kumpul untuk tujuan perubatan, bencana dan bantu golongan ibu tunggal serta mereka yang terpinggir.

"Hastag kami adalah #tamakpahala,jadi kami akan buat apa sahaja dapatkan pahala dengan bantu mereka yang perlukan pertolongan seperti sekarang kami bantu mangsa banjir dengan hantar barang makanan,"katanya ketika ditemui Teganukita di Kampung Matang, hari ini.

Sebanyak 100 bungkus barang keperluan makanan seperti beras,gula dan biskut diagihkan kepada 100 buah keluarga di Kampung Matang  yang dilanda banjir  dan terputus hubungan kali ketiga musim tengkujuh ini.

Operasi kali ini disertai 15 orang sukarelawan daripada Kuala Lumpur dan sekitar Terengganu yang sanggup meluangkan masa  turun membantu mangsa banjir.

Menurut Jeffry, misi bantuan turut dibantu oleh Badan-Badan Bukan Kerajaan(NGO'S), persatuan belia dan syarikat-syarikat korporat dalam mengumpul dana.

"Kita fokus kepada program kali ini yang kita namakan 'Terengganu Untuk Terengganu' dan membantu setakat yang termampu untuk mengurangkan trauma mangsa banjir yang terpaksa berpindah buat kali ketiga,"katanya lagi.


No comments: