Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Gelombang Kedua Melanda Hulu Terengganu


Gelombang banjir kedua mula melanda Hulu Terengganu apabila hujan lebat berterusan sejak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik berkata, pusat pemindahan sementara yang baru mula dibuka di Masjid Kampung Peneh yang melibatkan 55 mangsa daripada 8 keluarga.

"Angka akan bertambah lagi memandangkan hujan dan air Sungai Berang makin naik termasuklah air Sungai Telemong juga semakin meningkat semula.

"Kami dalam proses berjaga-jaga ke arah pembukaan balik pusat pemindahan di Pasir Dula dan Kampung Kuala Ping," katanya ketika dihubungi Teganukita.

Menurut Azmi, setakat ini  hanya dua pusat permindahan yang masih beroperasi iaitu di Bukit Tadok, masih kekal dengan 152 mangsa daripada 18 keluarga.

Jumlah keseluruhan mangsa dua pusat pemindahan berkenaan adalah seramai 207 orang daripada 71 keluarga.

Mengikut laporan, bacaan paras Sungai Berang di Pengkalan Ajal terkini 16.12m (0.12m melebihi paras bahaya).

Terbaru setakat jam 10 pagi ini, pusat pemindahan Kampung Lubuk Periuk telah mula dibuka dengan pendaftaran seramai 12 keluarga melibatkan 60 mangsa.

No comments: