Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Empangan Paya Peda Elak Ancaman Banjir Besar


Pembinaan Empangan Paya Peda,Hulu Besut  berjaya mengurangkan limpahan air banjir kepada 25 peratus di kawasan Besut dan Setiu.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Badrul Hisham Mohd berkata,  kekurangan limpahan air di kawasan pedalaman Hulu Besut tahun ini menyebabkan keadaan banjir di daerah berkenaan terkawal.

Katanya, projek Empangan Paya Peda berharga RM450 juta yang mula beroperasi Januari 2016 bagi emmajukan sektor pertanian, menjadi punca utama pengaliran air dapat dikawal dengan sistematik dan tidak berlaku banjir besar seperti sebelum ini.

Beliau berkata, empangan berkapasiti  200 juta meter padu berfungsi sebagai kawasan takungan untuk mengurangkan banjir terutama pada musim tengkujuh.

Menurutnya, dalam tempoh lima hari hujan yang bermula 30 Disember hingga 4 Januari lalu, paras air empangan telah meningkat daripada 487.79 meter kepada 54.00 meter.



“Ini bermakna dalam tempoh itu, empangan berkenaan telah menampung air sebanyak 62.5 juta meter padu,” katanya ketika melawat Empangan Paya Peda, Besut, semalam.

Beliau berkata, dengan kapasiti yang ada, empangan itu masih mempunyai keupayaan untuk menampung lebih 30 juta meter padu air lagi jika berlaku hujan secara berterusan

Sehubungan itu, Badrul menafikan dakwaan pihak tertentu pembinaan empangan itu boleh memudaratkan penduduk Besut dan Setiu, jika berlaku banjir.


Katanya, sebelum ini orang ramai agak panik dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba meviralkan dalam media sosial dengan mendakwa keadaan empangan itu sebagai dalam bahaya dan boleh berlaku banjir besar.

“Pengurusan empangan berkenaan mempunyai SOP (ptrosedur operasi standard) kerja dan menggunakan sistem terkini bagi mengaktifkan pergerakan air ketika musim hujan,” katanya.

No comments: