Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Dr Wan Ahmad Rudirman CEO Baharu Terengganu Inc


Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu Incorporated Sdn Bhd yang baharu berkuatkuasa 1 Januari 2017.

Pelantikan sebagai CEO baharu itu adalah bagi menggantikan Wan Zalizan Wan Jusoh yang menamatkan tugasnya pada 31 Disember tahun lalu.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Terengganu Inc, Rudirman mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam penstrukturan semula korporat serta pemulihan perniagaan.

Dengan pengalaman dan kepakaran yang ada pada beliau, Rudirman bakal menggunakannya untuk menghadapi cabaran menerusi kepimpinan operasi, pembangunan strategik dan pengurusan kewangan.

Sebelum menyertai Terengganu Inc, Wan Ahmad Rudirman ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Selia Ekuiti Sdn Bhd dan pernah memegang pelbagai jawatan kepimpinan kanan dalam beberapa syarikat terkemuka di Malaysia.

Antara jawatan itu termasuklah pemangku Ketua Pegawai Operasi dan Pengurus Besar Kumpulan, perkhidmatan operasi kumpulan KUB Malaysia Bhd, dan Ketua, Strategi Korporat, bahagian perancangan kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd.

Terengganu Inc. dijangkakan akan terus maju dan berkembang dibawah kepimpinan CEO baharu syarikat tersebut.

No comments: