Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Celcom Axiata Sumbang RM100,000 Kepada Mangsa Banjir


Pengerusi J3K Kampung Sungai Bajar Mohd Azizul Mohd Zanggi menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Hulu Terengganu,Dato'Jailani Johari


Celcom Axiata Berhad dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu(UMT) menyumbangkan bantuan bernilai RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di Terengganu.

Pengarah Government Liaison,USP and Vendor Development Celcom Axiata Berhad, Saiful Bahrin Abd Ghaffar berkata, ini merupakan salah satu program yang dilaksanakan dibawah tanggungjawab korporat bagi meringankan beban mangsa banjir.

"Untuk hari ini, agihan sumbangan kepada 500 buah keluarga di sekitar Kuala Berang dan esok pihak kami akan ke Besut untuk menyampaikan kepada 500 buah keluarga yang terlibat dengan banjir baru-baru ini.

"Bantuan yang disampaikan berbentuk barang keperluan harian seperti biskut,gula,susu,makanan segera dan nescaffe yang bernilai RM100 setiap kotak."kata Saiful ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Banjir.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia,Dato' Jailani Johari di Pusat Pemindahan Banjir Qaseh,Kampung Paya Besar,Kuala Berang.


Pada masa sama,Program Penyampaian Bantuan 1000 Batang Pensil THR Gegar / Astro kepada Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan turut diadakan.

Saiful berkata pihak UMT yang bekerjasama dengan pihaknya telah melancarkan Tabung Sumbangan Banjir yang dikoordinasikan oleh Pasukan Pengurusan Bencana UMT bagi mengumpulkan sumbangan dari orang ramai dalam pelbagai bentuk serta nilai bagi meringankan beban mangsa banjir.

Menurut Saiful,selain daripada bantuan banjir tersebut,pihaknya juga menaiktaraf prasarana seperti meninggikan menara telekomunikasi  di kawasan sensitif banjir supaya mangsa daoat menikmati perkhidmatan terbaik daripada Celcom.

Sementara itu,Dato' Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak korporat yang sentiasa memberikan sumbangan kepada mangsa banjir di daerah ini.

Beliau berkata bencana ini walaupun banyak menguji mangsa tapi ada banyak kebaikan di sebaliknya.

"Pada masa inilah kita akan melihat semangat kerjasama,bantu membantu serta ikatan ukhwah yang terjalin antara satu sama lain ketika menghadapi banjir dan selepas banjir."katanya lagi.

No comments: