Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Budaya Cintai Al-Quran Perlu Dilazimi Dalam Kehidupan

Ahmad Razif bermesra dengan pelajar sebaik tiba di MajlisMajlis Menghafaz al-Quran peringkat Terengganu, di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus. Foto oleh Zulkifli CW Putra  




Penganjuran Majlis Menghafaz al-Quran peringkat  negeri dilihat sebagai platform mengajak masyarakat Islam khususnya di Terengganu supaya mencintai al-Quran dan menjadikan budaya tersebut dilazimi dalam kehidupan seharian.

Di samping itu, penganjurannya bertujuan mengangkat martabat sekali gus memberi pengiktirafan kepada para huffaz supaya menjadi contoh dan tauladan kepada masyarakat agar budaya hafazan dijadikan alternatif pendidikan kepada generasi akan datang.

Bersempena Majlis Menghafaz al-Quran peringkat Terengganu yang berlangsung selama dua hari, berakhir malam tadi, seramai 23 peserta pelbagai kategori memperdengarkan bacaan masing-masing.  



Majlis penutup disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.

Hadir sama isteri, Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim.


Ahmad Razif berkata, majlis tilawah atau menghafaz al-Quran yang dianjurkan saban  tahun, merupakan titik tolak kepada terbinanya nilai murni serta qudwah hasanah dan menjadi ikutan setiap lapisan generasi ummah.

Katanya, kerajaan negeri juga sentiasa komited dan mendokong segala bentuk usaha dalam memartabatkan al-Quran serta syiar Islam di negeri ini.

“Umat Islam perlu menoleh sejenak ke belakang, menauladani sirah Nabi Muhammad SAW dalam aspek menjayakan agenda perpaduan,”katanya.



No comments: