Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Bentuk Jenama, Imej Positif Untuk Pelancongan Terengganu



Kerajaan negeri berharap semua pihak dapat menzahirkan budaya yang terbaik dalam memberi perkhidmatan, sekiranya mahu menjadikan industri pelancongan Terengganu berjaya.

Ini termasuklah memberi layanan yang mesra, sentiasa senyum, menjaga kebersihan, mengambil perhatian serius akan semua rungutan pelanggan dan cakna dengan keperluan mereka.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sikap sambil lewa atau suka mengambil mudah tidak akan membantu membentuk jenama dan imej yang positif untuk pelancongan Terengganu.

"Kerajaan negeri yakin penganjuran kali ini bakal memberikan impak positif bukan sahaja kepada kerajaan, juga manfaat yang dapat dinikmati oleh rakyat terutama di kalangan peniaga, pemandu teksi, pengusaha restoran, pengusaha hotel, penggiat seni, ejen pelancongan dan mereka yang terbabit dalam industri hiliran pelancongan,"katanya ketika berucap sempena  pelancaran Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 di Duyong Marina & Resort Pulau Duyong, Kuala Terengganu, malam tadi.
.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. 

Keberangkatan baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda, Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail; Tengku Nadhirah Zahrah; Tengku Muhammad Mua'az dan Tengku Fatimatuz Zahra'.

Baginda disambut Menteri Besar dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.

Ahmad Razif turut memberitahu, industri pelancongan Terengganu berpotensi tinggi untuk dimajukan dan VBT 2017 adalah antara usaha kerajaan negeri menjadikan industri pelancongan sebagai nadi penggerak kepada transformasi pembangunan negeri.

"Kejayaan industri ini boleh menjadi pemangkin kepada keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan turun naik harga minyak di pasaran global.

"Industri pelancongan adalah satu industri yang saling berkait. Sifatnya yang menjalin hubung antara sesama manusia dan antara manusia dengan alam, meletakkan industri ibni sebagai industri yang menjanjikan banyak peluang jaya diri untuk rakyat,"katanya.

Katanya, kerajaan negeri menganjurkan VBT 2017 bagi menzahirkan potensi industri pelancongan untuk terus menyumbang kepada kebaikan rakyat dan kemajuan negeri seperti kejayaan Tahun Melawat Terengganu pada 1997, 2008 dan 2013.




No comments: