Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Banjir : VBT 2017 Tidak Terjejas

Ahmad Razif bersama rombongan melawat ketika melawat pusat perpindahan banjir di SMK Badrul Alam Shah, Kemaman.

Bencana banjir yang melanda di kebanyakan daerah di Terengganu tidak menjejaskan pelancong untuk melawat negeri ini sempena Visit Beatiful Terengganu (VBT) 2017.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, walaupun sebahagian kawasan dinaiki air, namun ianya bukan masalah kerana jalan-jalan utama untuk ke Terengganu tidak terputus.

“Di Kuala Terengganu yang menjadi tumpuan utama kepada pelancong tiada tempat yang terjejas teruk akibat daripada banjir.

“Jadi ia bermakna tiada hotel-hotel di sekitar kawasan ini yang menerima implikasi tehadap bencana ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Kemaman, semalam.


Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam; Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Rosli Othman dan Pegawai Daerah Kemaman, Rosman Roslan.

Tambah Ahmad Razif, untuk tiga bulan pertama bilangan pelancong mungkin masih berkurangan kerana pulau di Terengganu belum dibuka berikutan keadaan laut bergelora.

Namun demikian, apabila pulau peranginan dibuka bermula Mac, bilangan pelancong dijangka akan meningkat.

“Pihak kerajaan telah pun mengatur program apabila pulau-pulau mula dibuka dan kami telah bersedia untuk menerima pelancong-pelancong dari dalam luar negara.

“Walaupun begitu, kawasan peranginan seperti Tasik Kenyir masih menerima kunjungan pelancong kerana ianya tidak menerima implikasi akibat banjir yang berlaku,” katanya.

No comments: